Saturday, 30 September 2017

Bissmillahirrahman nirrahimm....

salam semua.. alhamdulillah.. ustazah gembira sangat2 bila lappy ustazah dah blh on semula

semua sihat ke? ustazah alwes sihat, cimey githewww...
semua tanya ustazah, apa yang ustazah buat dalam chroome book sekolah ustazah hinggakan murid blh jawikan dalam site? blh ngaji dalam site?

jawapannya senang sangat, terus ke link jawi dan al-qura'an. maklumat di hujung jari u ollsss, its sooo easy orang putih kata.. tapi sayang2 semua jangan risau, ustazah akan share sini ink yang blh dimasukkan dalam site atau dashboard kita utk rujukan semasa membina site atau pdpc kita 




ustazah bagi 3 dulu ye, tetiba ngantuk lak ...tadi baru siap buat kerja vle gak, projeknya seprais dulu.. kalau dah berjaya ustazah habaq kat sini naaa.. tapi mohon semua doakan supaya projek vle ustazah itu berjaya... dan semua dapat manfaatnya..

Apooo? nak tahu gak? nanti ye, sabar ye.. ustazah akan share berita tu kalau dah kompom..

ustazah undur diri dulu, x larat dah ketip kuaci ni, ngantuk gak.. jumpa lagi, babai semua... luv u semua....

assalamualaikum 

Thursday, 28 September 2017

Assalamualaikum w.t.h

Alhamdulillah, syukur hanya pada Allah subhanahuwata'ala di atas kurniaan ni'matnya yang tak terhingga diberikan kepada ustazah. syukur sangat Allah memudahkan urusan ustazah dalam penilaian akhir teknopen selangor bagi kategori amalan terbaik vle guru sekolah rendah. 

terima kasih kepada suami dan anak-anak tercinta, semua kawan-kawan, keluarga, adik beradik UM, bekas rakan guru di SRIIMDE, guru-guru sk meru 2, anak-anak murid dan ibubapa serta AJK PIBG yang sentiasa mendoakan ustazah, memberi sokongan kepada ustazah bila-bila masa sahaja kita perlukan. Alhamdulillah, dikelilingi oleh mereka yang sangat positif.

terima kasih juga kepada pegawai-pegawai BTPN selangor dia atas kerjasama yang di berikan.. 

Tuesday, 26 September 2017

Assalamualaikum w.t.h..

Alhamdulillah, 2 minggu yang agak sibuk dalam persediaan teknopen selangor. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, rezeki ustazah terpilih dalan anugerah teknopen yang akan diadakan pada 28 September ini. Persediaan slide untuk presentation kepada penilai telah sedia untuk di bentang. 

In shaa Allah, ustazah akan share di sini apabila siap pembentangan nanti. Diharapkan dapat menjadi panduan untuk semua para guru, khususnya kepada guru-guru pendidikan islam seluruh negeri.

Semoga usaha ustazah yang secoit ini dapat memberi manfaat kepada semua pendidik dan menjadi suntikan untuk sama-sama menggunakan pdpc via vle ke arah pembelajaran abad ke 21

tapi ustazah nak share gak kat sini, kegembiraan kami dalam vle apabila dimasukkan dalam laporan tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016 oleh PADU.  Alhamdulillah...

Saturday, 16 September 2017





salam larut malam..
ustazah selesai siapkan untuk latihan kahoot ngan anak murid ustazah isnin nanti. x sabar lak...

nak tahu caner buat ni? folo ustazah ye... babai, jumpa lagi. jom tido jom, esok nak p pasar ahad, nak makan nasi kerabu daging bakar ghitew... sharing is caring...

nanti kita jumpa lagi ok.. 




Assalamualaikum...

antara contoh bbm pdpc via vle frog untuk latihan dan ulangkaji selesai pembelajaran. nape ustazah bagi yg ni, tak tunjuk untuk subjek agama ustazah? sajela... sharing is caring kan. kita pelbagaikan la. nanti ustazah share lagi ye teman2..

ni ilmu baru yang ustazah belajar dr ustaz huszaruddin. tq so much ustaz yang x pernah kedekut ilmu.. semoga Allah merahmati ustaz selalu..

eh, macam kenal fon tu... ye laa, fon YES ustazah la. manfaatkan ia sepenuhnya.
seronokkan, kemudahan di hujung jari kite jer. nak atau tidak aje lagi

kepada teman ustazah di luar sana, rakan guru di luar sana, ayoh kita sentiasa tingkatkan kemahiran dan sentiasa mencuba benda baru, pdpc yang menarik dan awesome!

Monday, 11 September 2017

Ibadat Qorban



tetiba teringat lak ngan ibadat qorban baru-baru ni...

semoga kita jumpa lagi raya qorban tahun depan..mennn

tahu tak apa itu ibadat qorban? untuk tahu lebih lanjut kita klik link ni panduan ibadah korban

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam... Lama ustazah menyepi dari coretan di sini, buka...