Wednesday, 2 August 2017
Alhamdulillah... baru kesempatan nak uplod gambar sesi kolaborasi pdpc pendidikan islam merentas negeri via vle frog hang out bersama ustaz Huszaruddin di johor dan teman2 di negeri melaka, perlis dan selangor.. seronok kan, pembelajaran vle frog bersama2 sekolah lain di seluruh negeri. tanpa ke sekolah mereka, kita dapat belajar perkara yang sama..
mudahnya pembelajaran sekarang. ustazah bangga kerana dapat peluang bersama-sama mereka. yang best, Guru Besar En Mohd Nizam turut sama hadir dlm pdpc ini. disertai juga rakan-rakan GPI dan team penggerak Vle Frog sk meru 2.
tahniah murid-murid sk meru 2!!!
Saturday, 29 July 2017
https://www.facebook.com/frogskm2/videos/1431807806908907
Assalamualaikum wth..
apa khabarteman-teman ustazah semua.. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana diberi rezeki untuk ustazah dan anak-anak ustazah menyertai kolaborasi pdpc pendidikan islam merentas negeri bersama ustaz huszaruddin dan beberapa buah sekolah negeri selangor, johor, melaka, perlis
di sini ustazah ingin mengambil kesempatan utk ucapkan terima kasih.. inilah perasaan ustazah.. seronok dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
yang lebih seronok, anak muris ustazah juara dalam kuiz kahoot, tahniah kepada Nur Mia Arfa yang menjadi johan utk kahoot. alhamdulillah...
terima kasih ustaz Huszarudin kerana memberi peluang utk kami bersama-sama dalam pdpc kali ini.
Saturday, 22 July 2017
ustazah share kat sini, seronok kan vle ni..
Pembelajaran yang menyeronokkan, kuiz frog play yang banyak menimbulkan minat murid utk menjawab kuiz.. tunggu apa lagi? Jom berfrog play !!!!
#anakmuridsayajadisawanseronokberkuiz...
Friday, 14 April 2017
Assalamualaikum wth...
alhamdulillah.. selesai pdpc al-qur'an ustazah untuk tahun 6 Jaya. mengajar al-qur'an menggunakan vle yang mana kita masukkan semuanya dalam satu site. lepas ngaji kita belajar ilmu tajwid. rakan-rakan ustazah di luar sana boleh mengaplikasikan pdpc Al-quran via vle
sharing is caring kan. semoga bermanfaat ye
Wednesday, 1 March 2017
Assalamualaikum......selamat sejahtera semua..
Setiap saat ustazah panjatkan syukur kerana Allah telah hadirkan insan2 hebat dalam hidup ini. rakan guru yang sangat mengambil berat, memahami, sporting , supportive dan always menyayangi ustazah.
dalam vle frog pula, hadir insan yang cukup hebat, berjaya mengeluarkan sesuatu yang ada pada ustazah, yang mana empunya badan pun tak tahu bahawa ustazah punya itu'. Kemahiran ICT yang lebih kepada VLE.. Terima kasih diucapkan kepada 'sifu', mentor dan rakan guru iaitu En Azmi Muda. Beliau telah menjadikan ustazah seekor katak yang di bawah tempurung melompat keluar menjadi katak emas.. Cikgu Azmi jugamenjadi inspirasi untuk ustazah terus meneroka ilmu VLE ini kerana ianya salah satu pdpc yang sangat memudahkan, awesome, hapening dan dalam masa yang sama turut menarik minat murid utk belajar.
memang betul, bila saya menggunakan pdpc via vle, pengajaran bertambah seronok, murid tidak boring dan pelbagai ilmu dapat disampaikan dengan hanya memasukkan semuanya dalam 1 site sahaja. ianya menjadi bertambah senang rupanya... ustazah bangga kerana anak2 murid ustazah seronok belajar...
ok, takat ni dulu deh, next time ustazah sharing-sharing lagi cerita vle ni.. nak buat kerja lain lak. ngadap ni smpi tengah malam pun x hbs..
Jumpa lagi u ollsss!!! babai...
Assalamualaikum.
Thursday, 9 February 2017
Cara membina site pdpc via vle oleh Cikgu Roiamah Basri
semoga bermanfaat...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam... Lama ustazah menyepi dari coretan di sini, buka...
-
Assalamualaikum wth... keseronokan pdpc via Vle memang mengujakan.. anak-anak murid juga sangat teruja.. nak tahu apa yang menyeronokka...
-
salam semua... sebab gembira sangat ustazah dapat feedback dari ustaz huszaruddin, kolaborasi pdpdc pendidikan islam merentas negeri, us...
-
Assalamu'alaikum wth... Alhamdulilah, berkesempatan utk memasukkan sesuatu perkongsian untuk semua teman-teman guru saya..Maaf juga ke...


