Thursday, 28 September 2017

Assalamualaikum w.t.h

Alhamdulillah, syukur hanya pada Allah subhanahuwata'ala di atas kurniaan ni'matnya yang tak terhingga diberikan kepada ustazah. syukur sangat Allah memudahkan urusan ustazah dalam penilaian akhir teknopen selangor bagi kategori amalan terbaik vle guru sekolah rendah. 

terima kasih kepada suami dan anak-anak tercinta, semua kawan-kawan, keluarga, adik beradik UM, bekas rakan guru di SRIIMDE, guru-guru sk meru 2, anak-anak murid dan ibubapa serta AJK PIBG yang sentiasa mendoakan ustazah, memberi sokongan kepada ustazah bila-bila masa sahaja kita perlukan. Alhamdulillah, dikelilingi oleh mereka yang sangat positif.

terima kasih juga kepada pegawai-pegawai BTPN selangor dia atas kerjasama yang di berikan.. 

Tuesday, 26 September 2017

Assalamualaikum w.t.h..

Alhamdulillah, 2 minggu yang agak sibuk dalam persediaan teknopen selangor. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, rezeki ustazah terpilih dalan anugerah teknopen yang akan diadakan pada 28 September ini. Persediaan slide untuk presentation kepada penilai telah sedia untuk di bentang. 

In shaa Allah, ustazah akan share di sini apabila siap pembentangan nanti. Diharapkan dapat menjadi panduan untuk semua para guru, khususnya kepada guru-guru pendidikan islam seluruh negeri.

Semoga usaha ustazah yang secoit ini dapat memberi manfaat kepada semua pendidik dan menjadi suntikan untuk sama-sama menggunakan pdpc via vle ke arah pembelajaran abad ke 21

tapi ustazah nak share gak kat sini, kegembiraan kami dalam vle apabila dimasukkan dalam laporan tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016 oleh PADU.  Alhamdulillah...

Saturday, 16 September 2017





salam larut malam..
ustazah selesai siapkan untuk latihan kahoot ngan anak murid ustazah isnin nanti. x sabar lak...

nak tahu caner buat ni? folo ustazah ye... babai, jumpa lagi. jom tido jom, esok nak p pasar ahad, nak makan nasi kerabu daging bakar ghitew... sharing is caring...

nanti kita jumpa lagi ok.. 




Assalamualaikum...

antara contoh bbm pdpc via vle frog untuk latihan dan ulangkaji selesai pembelajaran. nape ustazah bagi yg ni, tak tunjuk untuk subjek agama ustazah? sajela... sharing is caring kan. kita pelbagaikan la. nanti ustazah share lagi ye teman2..

ni ilmu baru yang ustazah belajar dr ustaz huszaruddin. tq so much ustaz yang x pernah kedekut ilmu.. semoga Allah merahmati ustaz selalu..

eh, macam kenal fon tu... ye laa, fon YES ustazah la. manfaatkan ia sepenuhnya.
seronokkan, kemudahan di hujung jari kite jer. nak atau tidak aje lagi

kepada teman ustazah di luar sana, rakan guru di luar sana, ayoh kita sentiasa tingkatkan kemahiran dan sentiasa mencuba benda baru, pdpc yang menarik dan awesome!

Monday, 11 September 2017

Ibadat Qorban



tetiba teringat lak ngan ibadat qorban baru-baru ni...

semoga kita jumpa lagi raya qorban tahun depan..mennn

tahu tak apa itu ibadat qorban? untuk tahu lebih lanjut kita klik link ni panduan ibadah korban

Thursday, 31 August 2017









assalamualaikum...
tetiba rasa nak tulis lak sini... bila bersama vle, rasa seribu syukur. nape ustazah kata gitu? sbb dgn vle anak2 murid ustazah rajin belajar, rajin ulangkaji waktu rehat, tidak lagi buang masa dengan bermain masa rehat, tapi bertukar main frog play. 

dengan vle jugak ustazah punya ramai kawan. jumpa orang2 hebat dlm pendidikan, orang2 positive yang memang sangat minat dengan pendidikan, suka sharong ilmu yang ada. terima kasih Allah kerana membri peluang untuk ustazah untuk merasai semua ini
.
ustazah nak ucap terima kasih kepada mereka-mereka ini, sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam vle frog. terima kasih kepada mereka yang banyak memberi tunjuk ajar terutama sekali en azmi muda, (sekarang pen PPD Klang), ustaz huszarudin ( guru inspirasi 1Bestarinet), mis elizabeth lopez, ( my big fan i think), cikgu asmah biran ( ketua Ju daerah Klang) . mereka sentiasa membantu ustazah dalam persoalan tentang vle. 

kepada bekas GB saya en. hafiz, para pentadbir skm2 dan rakan2 penggerak vle skm2, teman2 saya yang alwes gojes ( team baju merah), teman2 Task force vle daerah klang, dan semua anak2 murid saya, thank you so so so much!!!!

semoga Allah membalas setiap kebaikan mereka dan permudahkanlah urusan mereka dan urusan ustazah



Wednesday, 2 August 2017




Alhamdulillah... baru kesempatan nak uplod gambar sesi kolaborasi pdpc pendidikan islam merentas negeri via vle frog hang out bersama ustaz Huszaruddin di johor dan teman2 di negeri melaka, perlis dan selangor.. seronok kan, pembelajaran vle frog bersama2 sekolah lain di seluruh negeri. tanpa ke sekolah mereka, kita dapat belajar perkara yang sama..

mudahnya pembelajaran sekarang. ustazah bangga kerana dapat peluang bersama-sama mereka. yang best, Guru Besar En Mohd Nizam turut sama hadir dlm pdpc ini. disertai juga rakan-rakan GPI dan team penggerak Vle Frog sk meru 2.

tahniah murid-murid sk meru 2!!!

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam... Lama ustazah menyepi dari coretan di sini, buka...