PENGGUNAAN FROG PLAY DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN DI SK MERU 2.
Zuraini Binti
Zakaria
Guru Advokasi
Emas
SK Meru (2)
Jalan Paip Meru,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
013-2272091/ 03-33931598
Email :
zurainiraja14@gmail.com
ABSTRAK
Persekitaran
Pembelajaran Maya (Frog VLE) adalah platform pembelajaran maya yang menyediakan
akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Penyelesaian bersepadu membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE berasaskan internet.
Sistem pembelajaran berasaskan laman web
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Frog VLE memfokuskan
kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar, sekaligus
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti
kesan penggunaan Frog Play di kalangan murid-murid tahun 4. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 20 orang murid lemah tahun 4 di SK Meru 2, Klang Selangor.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui pemerhatian di dalam kelas dan
menganalisis dokumen berbentuk artikel dan jurnal ilmiah. Hasil kajian
mendapati, murid-murid berminat dan seronok semasa pdpc dijalankan. Pengkaji
juga mendapati tahap keyakinan dan semangat murid untuk belajar lebih tinggi
berbanding sebelum ini. Sehubungan
dengan itu, diharapkan penulisan ini dapat memberi impak positif kepada
guru-guru pendidikan islam untuk terus mengaplikasikan penggunaan frog play
dalam pdpc mereka.
No comments:
Post a Comment