Sunday, 7 January 2018

Bismillahirrahmanirrahim....

Syukur alhamdulillah, lama betul ustazah tak bersiaran di sini sbb masalah kesihatan tak mengizinkan... dirapkan semua sihat hendaknya..

Persekolahan telah bermula bagi sesi 2018.. Alhamdulillah, dipermudahkan semua urusan kita hendaknya

Tahun ni ustazah ajar tahun 5 dan tahun 6, dan ustazah memang ajar menggunakan vle frog. Apa yang menarik tahun ni, bermulanya penggunaan eRPH di sekolah oleh semua guru.. eRPH via VLE Frog lagi, haaa, seronokkan? dah tentulah seronok.

Di sini ustazah masukkan gambar untuk gambaran folowers ustazah ye...

 langkah 1. klik pada ikon frog
 langkah 2: masukkan id dan password diri
 langkah 3 : klik pada erph
 langkah 4 : pilih minggu
langkah 5 : rph terpapar dalam google docs


Haaaa.... senang bukan? so, bila dah ada eRPH, kami warga SK Meru 2 sudah tidak menggunakan buku rekod mengajar sbb buku tu dah di masukkan semuanya dalam eRPH. Guru besar dan pentadbir pilih sahaja item yang diperlukan dan mereka akan menyemak semua rph secara online via vle frog.
#tqfrogasia
#froghubschool
#skm2misikebintang
#semarakvlefrogdaerahklang

Baiklah, rehat dah tamat.. ustazah nak mulakan kelas tasmik.. murid2 dah naik dah..

JUMPA LAGI YE.. BABAIIIIII

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, 26 November 2017

CARA PENGGUNAAN FROG PLAY


PENGGUNAAN FROG PLAY DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN DI SK MERU 2.

Zuraini Binti Zakaria
Guru Advokasi Emas

SK Meru (2)
Jalan Paip Meru, 41050 Klang,  Selangor Darul Ehsan

Tel: 013-2272091/ 03-33931598
Email : zurainiraja14@gmail.com


ABSTRAK
Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) adalah platform pembelajaran maya yang menyediakan akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.  Penyelesaian bersepadu  membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE berasaskan internet. Sistem pembelajaran berasaskan laman web  menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional.  Frog VLE memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar, sekaligus mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran.  Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan Frog Play di kalangan murid-murid tahun 4. Kajian ini telah dijalankan ke atas 20 orang murid lemah tahun 4 di SK Meru 2, Klang Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui pemerhatian di dalam kelas dan menganalisis dokumen berbentuk artikel dan jurnal ilmiah. Hasil kajian mendapati, murid-murid berminat dan seronok semasa pdpc dijalankan. Pengkaji juga mendapati tahap keyakinan dan semangat murid untuk belajar lebih tinggi berbanding  sebelum ini. Sehubungan dengan itu, diharapkan penulisan ini dapat memberi impak positif kepada guru-guru pendidikan islam untuk terus mengaplikasikan penggunaan frog play dalam pdpc mereka.

Kata Kunci: VLE Frog, Pembelajaran maya, minat murid, pendidikan islam, seronok belajar

ustazah suka ngan lagu ni Cinta Langka : Cinta Luar Biasa... jangan kata ustazah suka fattah amin lak, ustazah minat fazura jewwrrr... hihihiii... cinta dan sayang semua orang, binatang, tumbuh-tumbuhan...
ASSSALAMUALAIKUM WTH...

syukur alhamdulillah, masih lagi diberi kesempayan Allah utk menghirup udaranya..
hari ni ustazah terlibat dengan Kursus Pembinaan Blog bersama cikgu Tan



menimba ilmu tidak akan habis.. makin ditimba makin banyak yang kita tak tahu.. terima kasih kerana berkesempatan hadir.. walaupun dah ada blog, tapi masih banyak lagi yang nak dipelajari sbb dah lama tinggal dunia blog ni... so, have to refrseh balik...

ustazah harap dapat banyak lagi ilmu2 yang dapat ditimba selepas ini

Wednesday, 1 November 2017

Assalamualaikum wth...

Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah, maaf kerana ustazah agak sibuk urusan sekolah dan program-program sekolah yang melibatkan semua unit termasuk Frog VLE

Oh ya, In shaa Allah, ustazah akan menyertai kolokium pelestarian pendidikan pada esok hari ( 2 November 2017) di Merrida Hotel Klang bersma cikgu Hartini dan cikgu Norrazilah. Syukur Allah beri ruang dan kesempatan untuk berkongsi amalan terbaik frog vle ini pada semua orang. Mohon doa semoga Allah mudahkan urusan ustazah dan teman2 ustazah semasa pembentangan esok.

In shaa Allah, ustazah akan kongsikan ilmu tersebut selesai pembentangan esok ye... nebes sikit nak bercakap ni... langkah pertama dan pembentangan pertama dari ustazah sambil mencedok ilmu dari semua pembentang esok. konsepnya kan sharing is caring...

untuk selanjutnya, nanti ustazah share kemudian ye.. ok, ustazah pamit duluan ya.. mahu ambil anak sekolah..

jumpa lagi nanti, in shaa allah

Wednesday, 25 October 2017


salam semua... alhamdulillah, syukur jumpa lagi.. x nak cakap banyak just nak share something utk yang berhajat ke Jepun. jika anda mencari kedai cenderamata di osaka, jangan lupa pergi ke kedai ni .. sangat murah, berbaloi dan beli banyak dapat present lagi.



ustazah ada share jugak di IG ustazah, boleh tengok.. dan kepada sesiapa yang ingin melihat sejauh mana kehidupan dan kecanggihan boleh jugak ke jepun. ustazah bercita-cita, suatu hari nanti ustazah nak ke Jepun kerana Frog VLE... 

maybe ada sesuatu yang kita blh sharing dengan mereka dalam sudut akademik dan pendidikan. wifinya laju, orangnya sangat berdidiplin dan menurut arahan, pembersih, dan sangat menepati masa.. 

Doakan ustazah ye, semoga ustazah comey dan Frog VLE berada di sana untuk "sesuatu'... Aminnn

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam... Lama ustazah menyepi dari coretan di sini, buka...